Bila Marcello Barenghi pula berpancak..


Marcello Bareghi..itulah nama salah sorang pelukis yang berada dalam senarai 'I-Wanna-Be-Like-Them' aku..bakat yang ada pada brader ni memang sungguh hebat, hinggakan mata aku sendiri rasa tertipu kerana kekaguman teramat sangat..Ini kerana hasil karya beliau nampak benar-benar hidup dan realistik..dan seni jenis ini kalau tak silap aku ia dipanggil 'hyperrealism'..

Dan sekadar berkongsi dengan kalian antara beberapa hasil kerja beliau yang boleh di jenguk di laman 'Tiub Kau'..dan kalau tak percaya sila tengok dengan mata sendiri dan bersedia untuk di pukau dan di sentak oleh bakat si pelukis hebat ni..

Cara-cara dia lukis gelas..tak ke superb tu? Nampak seolah-olah gelas tu macam dia letak je atas kertas lukisan tuh..ni yang buatkan aku naik jeles dengan bakat brader nih..(jeles utk dapat pembakar semangat bagi kemajuan diri tak salah rasenye!)


Dan bila dia lukis 'telo-mato-kuba' ni pulak, tak ke kita rasa macam nak ngap aje..? Tak ke rasa macam nak ambik dan makan dengan nasi goreng kampung..? Nampak macam dihidang-hidang pulak aiii.....



Dan silalah kagum tanpa kaget dengan contoh karya-karya beliau yang nampak real ni:
























P/S: Bila aku tengok hasil kerja seni Marcello Barenghi nih, tak semena-mena satu persoalan berputik lalu bercambah di minda..kalau dah macam ni hasil lukisannya..lalu apa lagi yang tinggal dalam membezakan hasil lukisan dan hasil fotografi..?
0 Komentar untuk "Bila Marcello Barenghi pula berpancak.."

 
Copyright © 2014 Pencak Pelita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info